Hushhh.. tak online sehari semalam.. !! perghhh.. kacau gila hati ni.. bukak-bukak je blog terkejut tengok..
banyak giler coment !! cecah 41comment entry lepas.. fellamakkkk.. *bangga la kejap* apa lah sangat 41 tu.. orang lain beratus-ratus.. berpuluh-puluh tak heboh pun kan! at least ade la semngat.. masih ada orang nak baca blog cikai cekbolat ni kan ! ye dak woii? >_____<
Dulu kalau balik kampung cekbolat org yg pling happy sangat-sangat.. dekat Airport Labuan sebelum berlepas dah call nenek dgan tokwan kat kampung.. mesti cakap
"tokk ! adik nak alik dah ni,tok masak dap-dap tauu" ..itu baru kat Airport.. dah teringat-ingat.. apatah lagi dalam flight.. asyik bercakap pasal kampungg jee.. haishhh..
---------------------
13 tahun yang dulu..
waktu pagi..
"adik sayang.. bangun,dah pagi dah ni" kejut nenek ..
"huargghhhhh
*menguap* tok..mama mana?" cekbolat bertanya pada nenek..
" mama keluar kejap dengan babah" jawab nenek..
"tok ! adik nak meylo(susu milo)" pinta cekbolat..
"alolo.. botol susu adik hilang la.. tikus bawak sorok" kata nenek..
"uhuk-huk-huk.. adik nak milo !!!" cekbolat mula menagis..
"alah..tok gurau je.. jap ye sayang nenek buat" nenek berlalu pergi ke dapur..
tok kembali dengan botol susu ditangan..
"nah cucu tok" sambil mnyuapkan ke mulut cekbolat..
"masehhh tok.." cium pipi nenek..
"minum cepat..nanti tok mandikan,mama balik tengok anak die dah wangi kan.. mmmuahh *ciumpipi cekbolat sambil geletek*
"tokk ! adik nak yak(berak)" jerit cekbolat lepas minum susu *haishhhh*
"hah? meh sini..jom" nenek mendukung cekbolat ke bilik air..
----------------------------
Lepas babah pencen.. babah buat rumah sebelah rumah nenek .. haa.. tiap2 hari jumpa nenek.. syiokk woii.. korang hado? petang-petang siram pokok ngan nenek.. dah habes siram duduk kat pangkin minum kopi cicah biskut mayat ==" *orang kampung woii*
2012
*pagi*
"Tok.. bangun tok.. subuh dah ni.. bangun mandi ye? air mndian dah siap ni " terang cekbolat ..
"Mandikan tok ye.. tak larat ni nak angkat tangan sendiri" pinta nenek..
"baik tok.. meh sini cek angkat" kata cekbolat sambil mula mengangkat dan memapah nenek ke bilik air..
selepas mandikan nenek..
"Tok.. cek buat kopi ni.. sekali cucur sikit..tok makan lah ye.. pastu makan ubat" sambil cekbolat turunkan dulang berisi sarapan ke tilam nenek..
"hmm.. tolong suapkan tok ye Amy.." pinta nenek.
" tok.. buka mulut.. makan ni.. pastu kita makan ubat ye " sambil senyum pada nenek..
--------------------
kalau dulu.. nenek kejutkan cekbolat..
sekarang .. cekbolat kejutkan nenek..
kalau dulu.. nenek sediakan makanan setiap kali cekbolat bngun tidur..
sekarang.. cekbolat sediakan pada nenek..
kalau dulu.. nenek suapkan makan kat cekbolat..
sekarang.. cekbolat suapkan nenek..
kalau dulu.. nenek mandikan cekbolat..
sekarang.. cekbolat mandikan nenek..
kalau dulu.. nenek basuhkan kencing berak cekbolat...
sekarang.. cekbolat basuhkan kencing berak nenek..
hari ni nenek ke rumah mak Lang.. mak lang pula nak jaga nenek.. pakat berebut nak jaga nenek.. hurm.. takpe la.. cekbolat redha jea la nenek nak pergi rumah mak lang tu.. "tok pergi elok-elok ye.. jgn lupa makan ubattt,pamoga,etc..etc..etc.. haaa.. jngan nakal taw ! tok ni nakal.. huh.." mencikkk lahh >_<
//macam la nenek stalk blog cekbolat ni kan? haishhh.. merapu betuii\\
Rinduuuuuuuuu! *alah mcm la takley jenguk* puihhhhhh
nota-minta-kaki :: Cekbolat ni garang ke woi? Meerol takut ngan cekbolat! hampehhh =="